GEORGE TOWN: Beberapa buah jalan akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride pada 22 Disember ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, seramai 1,500 akan menyertai acara kayuhan edisi kelima ini yang akan diadakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah itu.
Menurutnya, penutupan dan lencongan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula jam 10 malam, 22 Disember hingga jam 3 pagi, 23 Disember ini.
"Peringkat pertama iaitu pada jam 8 malam melibatkan Bulatan Queen 1 dan Bulatan Queensbay, peringkat kedua adalah pada jam 9 malam, melibatkan Bulatan Persiaran Bayan Indah, Bulatan Batu Maung menghala ke pusat bandar dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke arah kawasan perindustrian.
"Peringkat ketiga ialah pada 10 malam melibatkan kesemua susur masuk dan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang (kedua-dua arah) dan Bulatan Bayan Baru," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Rabu.
Kata beliau, lebih 800 anggota dan pegawai polis akan bertugas dalam acara yang akan dirasmikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
"Saya menasihati pengguna jalan raya supaya menggunakan jalan alternatif antaranya Jambatan Pertama Pulau Pinang.
"Pengguna jalan raya dari tanah besar menghala ke arah Bayan Lepas/ Bayan Baru perlu melalui Jalan Sultan Azlan Shah manakala mereka dari utara/selatan yang hendak ke Bandar Cassia perlu melalui Bukit Tambun.
"Semua pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal semasa penutupan jalan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 20 2023
Mohamed Usuf menunjukkan peta laluan yang akan ditutup pada 22 Disember ini. -Foto Sinar Harian
Kabinet Taiwan letak jawatan
Perdana Menteri Taiwan Chen Chien-jen dan Kabinetnya meletak jawatan semasa mesyuarat Eksekutif Yuan sebelum penyusunan semula kerajaan.
Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
Dua lelaki terselamat walaupun terperangkap selepas kereta mereka dihempap pokok besar yang tumbang di Jalan Datuk Kumbar, di sini pada Khamis.
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Projek Dermaga Gaza siap, bantuan mula diagih tidak lama lagi - Tentera AS
Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan ia selesai membina sebuah dermaga sementara di luar pantai Semenanjung Gaza.
Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
Menteri Kesihatan mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.
Penswastaan MAHB cermin keyakinan pelabur asing
Keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan tawaran tinggi untuk baki saham MAHB yang ditawarkan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Johor catat RM31 bilion fdi tahun lepas dipacu sektor perkhidmatan - Exco
Johor mencatatkan RM31 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada 2023 dengan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor perkhidmatan.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus 2023
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya.
90 peratus pembayaran dibuat dalam Rubel dan Yuan
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, keputusan bersama untuk melaksanakan penyelesaian dalam mata wang negara itu adalah tepat pada masanya dan merangsang pengembangan perdagangan.
2,953 mangsa banjir di empat negeri pagi ini - NADMA
Beberapa sungai didapati masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.
Banjir: Dua jalan di Mersing ditutup untuk semua kenderaan
Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Tenggaroh Timur-Tanjung Leman ditutup untuk semua kenderaan susulan dinaiki air banjir.
41 persimpangan jalan ditutup sempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping
Penutupan persimpangan jalan tersebut akan bermula jam 6 petang dan dijangka tamat 10.30 malam.
Jalan Lojing-Gua Musang di Pos Blau ditutup
Hujan lebat berterusan mengakibatkan Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau di sini ditutup semula kepada semua kenderaan pada Isnin.
Jalan ditutup sempena Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride
Penutupan dan lencongan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula jam 10 malam, 22 Disember hingga jam 3 pagi, 23 Disember ini.
Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Okt
Penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.
AKLEH, DUKE antara jalan utama ditutup sempena KLSCM 2023
Acara larian bertaraf antarabangsa yang bermula di Dataran Merdeka itu dijangka disertai kira-kira 25,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Ambang Merdeka: Polis Ipoh laksana lencongan, penutupan jalan
Antara jalan yang terlibat adalah Bulatan Sultan Azlan Shah, Lebuh Meru Raya, Persiaran Meru Raya 1 dan Persiaran Meru Raya 2.
Zon Bebas Kenderaan: Sebahagian jalan di Banda Hilir akan ditutup setiap Sabtu
Sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir akan ditutup selama enam jam setiap Sabtu bermula minggu ini sebagai langkah percubaan pelaksanaan "Zon Bebas Kenderaan".
Beberapa jalan di Bukit Mertajam ditutup esok dan Ahad sempena sambutan St Anne
Penutupan jalan itu akan bermula jam 9 pagi Sabtu hingga jam 3 petang keesokannya membabitkan laluan dari Bukit Mertajam ke Kulim, Kedah dan sebaliknya.